Thursday 28 August 2014

As A Tholibul Ilm.

Assalamualaikum :) apo kabo hangpa semua? moga semua baik2 sahaje ya. 

3 days back, teman-teman saya telah berangkat ke Mesir, bumi anbiya' dan Alhamdulillah, mereka dah selamat sampai di sana. Excited sangaaaaaat utk dorang, rasa nak ikot terbang sama. Huhu. 

Mereka mula spam whatsapp dgn updates and all. Mereka kata bumi Mesir ni bumi magical. Ada seribu satu hikmah kat sana. masyaAllah kan. Magical dari segi ape? Dalam membentuk peribadi sebagai seorang khalifah fil ard, insyaAllah. Moga gitulah hendaknye, ye tak? *wink*

Scrolling whatsapp group tu, sekali tersentap dek hati bila ada teman-teman di sana pesan kepada kami;

"Dlm airplane make use of ur time ok!! jgn tidur je dlm plane... murojaah quran ke.. niat kn mcm2 niat dlm hatii okay..."

"anddd tajdid niattt ok!! ana kdg lupa niat sbb excited sgt naik airplane!"

"Igt k bukan kt plane je doa mustajab, selagi mana antum tolibul ilm selagi mana antum blaja psl Allah, makaanukum a'laa darajah pd mata Allah."

"Kita tak pernah jauh kerana jarak kalau kita dekat dengan doa."

MasyaAllah tersentaaaap betui cheq bila baca. Bukan apa.. Kadang-kadang kita lupa apa sebenarnya hadaf/tujuan kita bila menuntut ilmu. Kita terlalu lalai mengabdikan diri dengan dunia, sampai lupa apa actually matllamat hidup. apa matlamat belajar itu sendiri. tajdid niat, tajdid niat. pernah ustazah saya kata " kalau awk niat nak dapat suami di sana, dapatlah suami. tapi kalau awk niat nak dapat ilmu, nak dapat barakah, awk akan dapat ilmu & berkat tu." kita manusia lalai kan? :(  yg pasti, pasang dan perbaharui niat. niat dalam hati sudah memadai. niat yg baik-baik, moga Allah redha setiap langkah yg kita lakukan. 

Kedua.. Doa. Tak kira di mana, berdoa selalu. Pinta padaNya. Mohon padaNya. Bila kita berdoa, kita letak seluruh pergantungan kita pada Allah. Allah itu Maha Pemurah. Allah suka kita berdoa, mengadu padaNya. Doa jugak dapat menghembuskan sedikit rasa bersyukur dalam diri kita di atas segala nikmatNya yang tak ternilai harganya. Doakan untuk family, asdiqa' & saudara seIslam kita. Dengan doa, ia dapat mengikat hati-hati kita, walau antara kita jaraknya jauuuh, namun ianya terasa dekat. Doa jugak dapat meleraikan sedikit rasa rindu pada seseorang.

الدعاء سلاح المؤمن (Doa tu senjata orang mukmiin) :D

Beberapa hari lagi, results exam nak keluar, doakan saya dan rakan-rakan, ya :'')

Jumpa di post hadapan, insyaAllah. ;)

   

1 comments:

beingnafisah' said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment