Monday 25 August 2014

The Beginning

 Assalamualaikum dan salam satu Singapura!;)

Alhamdulillah, finally berjaya utk buat blog setelah sekian lama busy je memanjang (ok tak, procrastinate aje actually hehe). Dah lama tak guna blog, semua serba tak kena heh.


So, ni sedikit taaruf dari saya. Nama diberi Ainaa, sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Alhamdulillah ;)


p/s: saya akan menggunakan bahasa rojak (English-Malay-Arabic), tak kisah kan? Hehe


Banyak yang ingin dikongsikan, sedikit demi sedikit ye?insyaAllah! Cuma hari ini, akan saya kongsi tentang pengalaman Ramadhan pertama saya di UIAM, pada bulan lepas. Pengalaman yang amat berharga, tak ternilai rasanya.


Sehari sebelum mulanya Ramadhan, saya dah pun lakarkan 'Ramadhan 1435H Checklist' di mana saya letakkan apa aim, resolution saya pada Ramadhan kali ni. Saya listkan je, dgn harapan, saya dpt capai, kalau tak kesemuanya, sedikit pun jadi. Istiqamah yg penting, kan? (: 


Terawih pertama, saya laksanakan di masjid UIAM. MasyaAllah, ajiiiiib sangaaaaat! terasa bagaikan di Makkah, semuanya berkumpul tak kira bangsa, untuk sujud kepada Yang Satu. Lepas tu, rasa hari2 nak ke masjid, kerana bak kata omputih, "the spirit of Ramadhan is there." terasa nikmatnya ukhuwwah sesama kita, apatah lagi setiap kali baru saje habis apa pun solat jemaah, akhawat di sebelah kiri dan kanan saya akan mencium di pipi tiga kali. Allahu akbar! Nikmatnye ukhuwwah ni!


Kemudian, di UIAM, kerap kali bebrpe club mahupun pihak UIAM sendiri, menganjurkan kuliah-kuliah agama/seminars, bagi mencapai ihya' ramadhan kali ni. Ada yg saya sempat hadir, ada yg tidak memandangkan kelas saya habis lewat hingga ke petang.


Saya jugak ade libatkan diri dalam misi kemanusiaan; ke rumah orang-orang muallaf & ekspedisi ke Kampung Orang Asli. Pengalaman yg tak ternilainya. Saya akan share lebih banyak di post yang akan dtg, ya? Yang pasti, saya akan terus libatkan dalam aktiviti sebegini, bi iznillah.


Kawan-kawan juga memainkan peranan penting. Alhamdulliah, mereka byk tolong cheq dalam membentuk diri, mendidik diri agar tahu matlamat hidup. Mereka juga yg buat cheq terubat rindu pada sing-saing cheq kat Spore :') 


Antara points yg saya belajar kat sana;


- utk tak lepas
kan apape majlis ilmu, kalau kita berupaya or memang ada kesempatan, melainkan ada hal lain yg tk mengizinkan. sbb majlis ilmu ni bertujuan utk kita sedar dr kesilapan, and tazkirah utk kita yg selalu sgt lalaai.


 - belajar berdikari - kena pandai susun masa. 


- jauh perjalanan luas pemandangan. explore kan diri dgn mencuba sesuatu yg baru, baru mantoppp!


- percaya yg Allah tu selalu ada untuk kita. fi ayyi waqtin aw makanin. percaya jugak pada diri sendiri. jgn terlalu fikir tentang pandangan org lain, nnti kita yg gundah gulana. kurangkan benda-benda yg melaghakan kita. (memang betul ungkapan "action speaks louder than words" - tp itu yg susah kan? ;( )


- appreciate one another


- Keluar dari zone selesa, hadapi kesusahan. bangkit, cari hikmah terkandung dalam masalah tu. 

- doa menjadi perisai kita. doa bukan time lepas solat je, tapi kat memana pun boleh (tp jgn lah doa dalam toilet ye, tak manis giteww hehe). mintak sungguh2, moga diringankan ujian. tp bila dah doa, jgn lah pulak kita tak usaha, kan?


- kurangkan complain, tambahkan nilai rasa bersyukur (memang kena ingatkan diri ni selaluuuu)


- belajar loghat ganu, kedah & kelate. haha tapi tak terror lah.



banyaaaaak lagi yg nak share, tapi sampai sini dulu. jumpa lagi di post hadapan, insyaAllah. 




Langit di UIA. SubhanAllah kan?






1 comments:

beingnafisah' said...

yesss! success! finally found you! wahhhh nampak nyer kite ni da jady member !perrrrgggh!!

Post a Comment